CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 20, 2011

Muse - unintended

last nite. . .sad sangat2 coz EN SYG marah2 aten tanpa sebab. . .aten msg dye x reply, then kasi msg kasar,'tolong jgn ganggu'. . .terkedu n xsangka dye ckp cmtuh. . n disebabkan aten seorg yg sensitif, aten mndiamkan diri n tanpa diduga, EN SYG msg 'sori sebab berkasar, ada masalah sikit' . . .tp aten still silent(majok kan) haha.. . n 'FLIGHT MODE' kan fon. . . tepat jam 12 a.m aten pon on kan fon cm bese n tanpa diduga EN SYG menelefon beberapa kali. .. .wow so terharu .. but x angkat pon. just msg dye. . .haahaha..n pada masa yg sama aten asyik dgr lagu ni je lagu UNINTENDED-MUSE. .. .syok layan lagu nih..jom dengarkannya. . .huhu





EN SYG, lainkali jgn lh marah2 xtentu pasal.. .org lain pon ada masalah jgk. .. EN SYG kna fhm condisi kekasih anda..huhu . .. EN SYG dgr ek lgu ni.. lgu ni mmg mnyentuh perasaan n romance sgt..huhu..love this song so much. ..

Saturday, February 19, 2011

again and again

19/2/2011                                                          

  


harini hari sabtu. . .hari yang menyetartkan keboringan aku n teman2 serumahku. .. .kami dh ibarat kasi pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg. . .mna x nya.. .bosan tahap gaban. .. cadangnya pada hari tu nk menyewa kereta n berpiknik ke air terjun yg berdekatan atau bercanda di tepian pantai, tp ibarat bulan jatuh ke bumi, kereta sewa xdak. . hancur harapan yg kian meninggi nk berendam dalam ayor. . .


20/2/2011
harini hari ahad. . .kesambungan hari yg bosan tuh. . .aku n teman2ku mnjadi seperti semalam. . .aku bgun je pagi terus wat skrub tomato kat muka nih . . arggghhh kebosanan makin melampau...so apa lagi tgok movie je lah kojer kami hjuung mnggu nih. . . huhu

Wednesday, February 16, 2011

worm in the eye

Dear Friends,

Be very careful when u get caught with dust. As following pictures shows the effects of bad dust to a person. While he was talking he felt an eye irritation, thinking that it was just regular dust, he started to rub his eye, in an effort to remove the dust. Then his eyes got really red, and he went and bought some eye drops from a pharmacy. Few days passed and his eyes were still red and seems a little swollen.


Again he dismissed it as the constant rubbing and that it will go away. The days go by the swelling of his eye got worse, redder and bigger. till he decided to go and see a doctor for a check up. The doctor immediately wanted an operation, being afraid of a Tumor growth or cyst. At the operation, what was thought to be a growth or cyst, actually turned out to be a live worm! What was thought initially to be just mere dust actually was an insect's egg.






If u DO get caught dust, and the pain persists, please go and see a doctor immediately. Please check the attached photo. Kindly share this with all those who you CARE.

Friday, February 11, 2011

dealova - ONCE



nobody is perfect. . .but i stil hope to be perfect to him...coz i love him. . . with this song, i want to tell to him how much i love him. . .


Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh... Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh... Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh...

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang... dan sepi
Dan sepi...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada...
Kau selalu ada...
Selalu ada...
Kau selalu ada...

Thursday, February 10, 2011

KEBAHAGIAAN . . .

Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.
Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.
Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakitkelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan.

kau cinta pertama . . .

Cinta Pertama ... pernahkah anda mengalaminya? Aku yakin, semua orang pernah ada kenangan terhadap cinta pertama. Apakah definisi cinta pertama kepada anda?

Bagi aku, memang indah jika ada perasaan cinta itu menyelinap dan terus menyusup ke dalam kalbu. Memang sempurna hidup kita jika warna-warna cinta menghiasi di jiwa. Namun, tidak semua yang kita impikan, akan menjadi kenyataan. Kadang-kadang dalam keasyikkan menyimpul buih-buih cinta, tiada siapa menduga badai yang menjelma sehingga buih-buih itu berterbangan dan terus lenyap. Kadang-kadang, siapa yang menduga hujan juga mampu turun di tengah hari walaupun cuaca terang-benderang.

Definisi peribadi terhadap cinta pertama – bagi aku cinta pertama adalah laluan hati untuk kita merasai apa itu erti cinta yang sebenarnya. Laluan bagi jiwa untuk mengundang rasa rindu dan laluan bagi kalbu untuk menyimpul bunga-bunga bahagia. Namun, tidak semua cinta pertama akan berakhir hingga ke jinjang pelamin. Alangkah indahnya jika cinta pertama itu berjaya hingga ke jinjang pelamin. Alangkah beruntungnya mereka yang berjaya membawa cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Namun, itulah hakikat kehidupan ... tidak semuanya indah-indah belaka.

Cinta Pertama juga tidak semestinya cinta sejati kepada seseorang insan itu. Mungkin cinta sejatinya berada pada insan lain namun jika kita tidak membuka pintu hati kita kepada insan itu, bagaimana cinta sejati yang kita dambakan akan hadir untuk menghuni diri kita. Aku akui, sememangnya tidak mudah untuk melupakan cinta pertama. Kadang-kadang, kita masih terkenangkannya walaupun cinta pertama itu sebenarnya amat menyakitkan hati. Kadang-kadang, cinta pertama tidak boleh dibanggakan kerana ia mampu merobek dan mencalar jiwa yang suci. Namun, kadang-kadang aku terfikir, kenapa harus wujudkan perasaan cinta itu di dalam diri sedangkan dia tidak tercipta untuk kita. Adakah untuk kita merasai apa ertinya rindu kemudian diberikan pula kita merasai apa ertinya kecewa. 3 in 1, itulah selayak-layaknya untuk aku mencampurkan kesemua perasaan ini jika cinta kita kecundang di pertengahan jalan.
 
Pernahkah anda terfikir, kenapa masih ramai yang membujang walaupun usia sudah menghampiri ke penghujung senja (Sama ada lelaki ataupun wanita). Jangan menuduh sembarangan tanpa asas yang kejap. Memilih ... harus memilih agar jiwa tidak tercalar namun yang penting, pernahkah anda sedar bahawa cinta pertamalah merupakan punca utamanya ramai yang memilih hidup membujang. Kadang-kadang, insan takut untuk mengundang cinta itu lagi untuk bertahkta di sanubarinya kerana takut kecewa menghiasai rumah jiwanya semula. Memang sukar untuk membentuk rumah jiwa jika kecewa sudah menghiasi di dalamnya. Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun untuk mengubati parah yang hadir. Namun, sampai bila kita harus mengenang cinta pertama jika ia amat menyakitkan? Sampai bila kita hendak menutup pintu hati kepada mereka yang layak bertahkta di dalamnya? Sampai bila kita hendak dingin pada perasaan cinta sedangkan naluri kita amat memerlukannya untuk mengisi kekosongan di dalam jiwa. Sampai bila kita harus menyendiri jika kita tak pernah memberi peluang untuk mengundang cinta sejati? Kadang-kadang, cinta hati kita berada hampir dengan kita Cuma kita yang tidak perasaan kerana terlalu taksub dengan cinta pertama yang menyakitkan hati itu sehingga kita terlepas cinta sejati. Kita harus membuka mata untuk melihat cinta sejati kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari sekiranya cinta sejati itu juga terlepas daripada genggaman kita.

Apabila membaca novel cinta, aku terfikir sendiri ... alangkah bahagianya mereka yang telah dipertemukan jodoh masing-masing walaupun banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi sedangkan hakikat kehidupan yang sebenarnya tidaklah semudah seperti perjalanan cerita di dalam novel. Oleh itu, anda harus bersyukur jika anda telah dipertemukan jodoh dan hargailah pasangan masing-masing kerana bagi sesetengah insan, tidak mudah untuk bertemu jodoh dan tidak mudah untuk menyerah hati untuk dimiliki.

 
Kesimpulan yang dapat aku simpulkan disini, kadang-kadang cinta pertama membuatkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada lelaki/wanita sehingga keraguan sentiasa timbul di hati mereka untuk mengecapi bahagia. Kadang-kadang mereka sanggup membujang hingga ke akhir hayat gara-gara cinta pertama yang menyakitkan hati. Walau apa pun situasi cinta yang anda alami, satu yang aku harap – hargailah cinta yang hadir kerana sekali ia pergi, susah untuk mengundangnya semula ...

Dan jika anda suka pada seseorang itu, luahkannya agar dia juga tidak terlepas ke dalam tangan orang lain. Kita harus mengambil risiko terluka jika kita cintakan seseorang itu kerana jika kita hanya memendamkannya, mungkin si dia yang menjadi dambaan hati juga akan berlalu pergi .... Alangkah ruginya selepas dia dimiliki baru kita tahu bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan kita, hanya kerana kita terlambat, dia menjadi bunga larangan di jambangan orang.