CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 17, 2011

Ayam Bersos Tiram

hye..today i nk kongsi story ngn u all tentang 1 resipi nih..hm actually i suka jgk lauk ni..simple n nice je...huhu..


Bahan-bahannya


½ ekor ayam
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 biji bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
3 sudu besar sos tiram
Sedikit daun bawang
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
caranya
  • Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit).
  • Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.
  • Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi.
  • Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.


SELAMAT MENCUBA

1 comments:

orked violet said...

eh!nape last sekaLi wat muke comeL Lak nih???hehehe

BTW, akak just foLLow ur bLog.nnti visit/foLLow jugak ek~

sya-orked.blogspot.com

Post a Comment